|
 |
Feb 9, 2006
REMAJA MUSLIM TAK SEDAR 1 MUHARAM
UMAT Islam masih berada dalam suasana menyambut tahun baru 1427 hijrah. Tahun baru hijrah yang disambut wajar diiringi tekad dan azam bagi meningkatkan lagi kecemerlangan.
Bagai disentak perasaan apabila TV3 menyiarkan temu bual dengan remaja Muslim yang rata-rata tidak tahu dan menyedari kehadiran 1 Muharam.
Mereka tidak tahu falsafah hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah.
Kita sedih dengan perkara ini kerana remaja kita kini lebih arif apabila ditanya mengenai bintang pujaan mereka daripada soal berkaitan agama.
Justeru, tidak hairanlah ada di kalangan masyarakat Islam yang turut terjebak dengan gejala Black Metal walaupun jelas ajaran yang dibawanya tidak masuk akal dan bertentangan agama.
Islam yang dianuti hanya pada permukaan dan menjadi pakaian luaran semata-mata tanpa dihayati sebagai suatu cara hidup dari segenap sudut dan aspek oleh masyarakat Islam hari ini.
Suatu revolusi sikap dan tahap penghayatan agama di kalangan masyarakat Islam perlu ditingkatkan bagi mendepani pelbagai cabaran mutakhir ini.
MUHAMMAD HANIFF BADERUN, Kuala Lumpur.
(BEKAS PRESIDEN PMIUM)
Posted at 01:55 pm by harapan-online
Permalink
Feb 7, 2006
Oleh; AMIN IDRIS
Sudah agak lama saya tidak menulis. Teringin untuk mengulas berkenaan isu Artikel 121 (1A) yang masih bergegak gempita. Begitu juga tindakan biadap menghina kemuliaan Islam oleh karikatur Denmark. Tetapi memandangkan kesempitan masa yang sedang saya lalui kebelakangan ini, secebis masa saya 'curi' untuk mengintai politik mahasiwa dengan merobek sedikit 'hati-hati' para pendokong Aspirasi. Insya Allah, dalam waktu terdekat, saya dengan penuh rasa rendah diri akan kembali mewarnai arena kalam dengan penulisan-penulisan politik nasional dan antarabangsa.
MEREKA JILAT LUDAH SENDIRI…
"Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2005/2006 menyerahkan memorandum kepada Najib bagi membantah tindakan kumpulan yang dikenali sebagai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang mahu akta itu dimansuhkan..." - Utusan Malaysia, 26 Januari 2006
Bagaimana pula dengan ini;
"...Antara aktiviti mahasiswa pro-pembangkang yang juga dikenali dengan mahasiswa 'anti-establishment' ialah apabila timbul suatu isu yang membabitkan kerajaan, maka mereka akan bertindak membantah dengan mengadakan beberapa tindakan seperti berdemonstrasi, surat layang dan menghantar memorandum..." - Akhbar Mahasiswa, Mei 2004
"Tradisi ini tidak pernah berlaku. Ini sebetulnya kerja pembangkang atau badan bukan kerajaan. Kenapa ini dibudayakan dalam kebinet?" - Datuk Pirdaus Ismail, Exco Pemuda UMNO
Soalan
1. Sejak bila para pendokong Rejim Aspirasi dah pandai hantar memorandum sedangkan tindakan itu yang sering anda 'kutuk' sewaktu anda tidak berkuasa dulu?
2. Adakah Rejim Aspirasi dan Timbalan Perdana Menteri mengiktiraf tindakan menghantar memorandum sedangkan pada masa yang sama mengutuk tindakan memorandum oleh pembangkang ataupun 9 menteri bukan Islam? Mana satu ni?
PERTUBUHAN HARAM?
"...Mahasiswa diminta tidak menyertai 10 pertubuhan haram yang wujud di universiti tempatan tanpa berdafar dengan Pendaftar Pertubuhan. Timbalan Presiden Persatuan Pemuda Negara, Ezaruddin Abdul Rahman berkata, pertubuhan itu ialah Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Front Anak Muda Untuk Demokrasi, Universiti Bangsar Utama, Pergerakan Demokrasi Pelajar dan Pemuda Malaysia (MYSDM) serta Gabungan Mahasiswa Wangsa Maju.
Lain-lainnya ialah Gerakan Mahasiswa Lantang Negara, Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma), Jawatankuasa Mahasiswa Mahasiswi dan Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI)..." - Utusan Malaysia, 7 Januari 2001
"...GAMIS hanya boneka politik pembangkang." - Utusan Malaysia, 26 Jun 2001
Bagaimana pula dengan;
"...Gabungan Pemimpin Pelajar Malaysia (GPMM) menggesa Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Parti Pembangkang tidak campur tangan lagi dalam urusan kampus. Keputusan pilihanraya kampus sesi 2005/06 menunjukan dengan jelas bahawa majoriti pelajar universiti menolak cara, gaya dan pembawaan secara anti-establishment di kampus. Mahasiswa mahukan pendekatan aspirasi, rasional dan konstruktif. Keputusan pada 6 Disember 2005 di Pengkalan Pasir adalah bukti terkini golongan muda mulai menolak parti pembangkang. Lebih-lebih lagi keputusan penolakan itu terjadi di negeri yang kuat dan diperintah oleh pembangkang..." - Azrinizam Ibrahim, Presiden, Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM), (http://idealis-mahasiswa.net/editor2006/suratpelayar0026.html)
"...Aziz (Datuk Aziz Samsuddin, Timbalan Menteri Pendidikan ketika itu) diminta mengulas pendedahan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Persatuan Pemuda Negara, Ezaruddin Abdul Rahman semalam, yang mengatakan terdapat 10 buah pertubuhan haram yang wujud di universiti tempatan tanpa berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Justeru, beliau turut meminta mahasiswa tidak menyertai pertubuhan berkenaan..." - Utusan Malaysia, 7 Julai 2001
"...Satu kertas kerja Operasi Khidmat Masyarakat yang membabitkan IPTA, IPTS dan Kolej Universiti (kecuali UIA dan UM) merupakan agenda kempen pilihanraya UMNO menjelang pilihanraya umum Malaysia ke-11. Terdapat satu catatan tulisan tangan iaitu; "Program ini berkesan untuk agenda pilihanraya," dengan disertakan tandatangan Hisyamudin Tun Hussein dan nama Adham Baba yang tertera.
Satu persidangan akhbar membabitkan Preisden-Presiden MPP yang diadakan di Universiti Malaya telah dilakukan dengan arahan Kementerian Pendidikan. Kenyataan akhbar adalah bagi menyatakan sokongan Presiden-Presiden MPP kepada Barisan Nasional menjelang Pilihanraya Umum.
Minit mesyuarat antara kampus-kampus di bawah cengkaman Rejim Aspirasi bersama Adham Baba dan beberapa 'top-gun' Pergerakan Pemuda UMNO.
Penulis tidak berhajat untuk mendedahkan kesemuanya terutama bukti-bukti terkini. Yang pasti, terdapat satu grand design yang bermatlamatkan agenda meng'UMNO'kan kampus dan wujudnya satu pakatan jahat di antara barua-barua Aspirasi, Pemuda UMNO dan Biro Tatanegara. Tidak ketinggalan TNC-TNC yang sanggup menggadaikan amanah dan disiplin ilmu mereka yang bertunjangkan kebenaran..." - Artikel Amin Idris Bicara Tentang Pilihanraya Kampus oleh Amin Idris (2005)
Soalan;
1. Adakah Aspirasi dan Gabungan Pemimpin Pelajar Malaysia (GPMM) sebuah badan berdaftar?
2. Kalau 'ya', apakiranya para pendokong Aspirasi menyatakan no. pendaftaran dari Registra of Society?
3. Kalau tidak, mengapa mereka dibiarkan 'bebas' sedangkan hak mahasiswa lain untuk berpersatuan dinafikan?
4. Bagaimana pula dengan NC, TNC dan pegawai HEP yang bersekongkol? Kenapa mereka dibela malah dibiarkan menyalahguna dana awam universiti untuk berfoya melihat tarian gelek?
5. Adakah Najib Tun Razak dan Shafie Salleh 'berani' mengambil tindakan ke atas Aspirasi dan sekutunya? Atau adakah Najib dan Shafie juga adalah 'sebahagian' daripadanya?
Posted at 12:26 am by harapan-online
Permalink
Feb 2, 2006
E-mel daripada 'John Smith'
Krew HARAPAN, sejak kebelakangan ini, menerima banyak e-mel pembaca yang memberi komen, cadangan, dan juga respon terhadap sesuatu perkara yang diterbitkan oleh krew kami sama ada melalui HARAPAN Online mahupun versi cetak.
Antara e-mel pembaca yang menarik perhatian kami ialah yang dikirim oleh pembaca yang menggunakan nama samaran 'John Smith'. Beliau membangkitkan persoalan tentang penguatkuasaan etika berpakaian pelajar UIAM yang antara lain mempertikaikan kesahihan peraturan yang menuntut pelajar wanita menutup aurat.
Ini respon kami kpd 'John Smith':
In order to form a good opinion/perception/judgement, we must go thoroughly on the actual related materials, right?
So, let us made ourselves clear on the actual relevant facts involve in this issue, with hope that we can get things right, alright? What does the rules said? Is tudung is actually an issue here?
Issue 1: Why non Muslim female students have to wear tudung?
-john smith said
Insofar as the issue of tudung for non-Muslims is concerned,there is neither case law nor clear statutory provisions;Constitutional or otherwise to supply a conceivable answer.
- we reply
Let us make things clear, what do the rules require: is it tudung?
As far as non Muslim female students is concerned, there is no rules throughout the rules saying that non Muslims female students have to wear tudung. The only part that mentioned specifically is by illustration. The illustration shows that the rule is just covering part of the head only. Covering part of the head does not refer to tudung, because tudung refers to attire that covers the whole head, neck and chest. It's just a head cover.
Kindly refer: Sample of Approved Attire For Non Muslim Female Students at page 63:
Issue 2: Intention of the University for enacting the rules
- john smith said
Hence,when it undeniable that the matter is still legally vague,on what ground+motive does IIUM implement the ruling?Modesty?While I do not question that the tudung worn by the non-Muslims students is in no way resembling the ones worn by their fellow Muslims,but since when, the wearing of tudung amongst non-Muslims was set as a benchmark to gauge one's modesty, notwithstanding that she is a Muslim or otherwise?On a different note,I think you should know better than me that even amongst the Muslimah,wearing a proper tudung per se does not assure that she is upholding her aurah and modesty.Such an attitude is hardly surprising given the fact that while wearing the tudung,they still donned tight jeans,body-revealing dress&shirts and what not.
- we reply
Kindly refer to: Students' Discipline Rules 2004, Standing Conduct on Conduct & Attire, page 54. By God's willing, reading thoroughly will make us clear on what the actual intention of the University is.
Introduction
The education at the University is aimed not only at developing academic or intellectual potentials of the Students. The moral and character building objective is a very important part of the curriculum. It is in fact a primary concern of education seen from the Islamic perspective, in so far as Islam looks at human personality as an integrated whole, consisting of physical, emotional, intellectual, spiritual and social dimensions. In University, the integration of knowledge with morality, professionalism with ethics and academic excellence with spiritual virtues constitute our vision of education based on Islamic tradition of the quest for knowledge that the Quran and the Sunnah have implanted in Islamic civilisation.
The proper relationship between the opposite sexes and the acceptable attire of students are part and parcel of the University's identity and accordingly the same should be clearly defined. As an Islamic University, the University expects the students to observe the values and norms or moral propriety, decent behaviours and respectable attire that together reflect the identity that the University wishes to project and nurture. The following Orders, in addition to the existing ones, are meant to reinforce the importance of the above objectives and help the students to live up and uphold the high level of Islamic adab (manners and ethics) and decent behaviour.
Wearing a proper Muslim dress code would mean more than just mere piece of cloth. It reflects a Muslim's manifestation on their belief.
Let us ponder on: What is the difference between a believer and a copycat?
When we embrace a religion, we are expected following the true teachings of the religion. Although other believers do not follow it, since we are a good believer, we follow the true teaching, and not the people who neglects the teaching. A copycat would just copy whatever one wants to copy regardless it is right or not to do it. Which one are we?
In Islamic teaching, it is a specific order from God for Muslim female to cover their aurah, i.e. the whole body except their face and palm. Just ask: whether she is a good practicing muslimah? We know very well compliance with religious teaching reflects one's value of piety towards God.
ISSUE 3: Is wearing head cover is an unlawful consideration?
-john smith said:
Coming back to the legal issue,one may argue that since the non-Muslims are the minority and had already signed the agreement prior enrolling to IIUM,they are expected to obey all rules and regulations regardless whether they might have encroached and violated their fundamental rights.Yes,indeed.However,one may overlooked another crucial point in the agreement, implied or otherwise, that ANY AGREEMENT may be INVALID IF THE CONSIDERATION OR THE SUBJECT MATTER OF THE AGREEMENT IS UNLAWFUL.With regards to the law of Contract, by virtue of sec.10 (1), Contracts Act 1950, all agreements will be void if the agreement/contract is of unlawful consideration or object. Here, the issue of unlawful consideration comes into play. Although it is true that the students regardless of their religions might have perused the contract carefully but was the consideration lawful?
- we say:
from my humble understanding, you are trying to say that the rule of covering head for non Muslim female student is an unlawful consideration to the contract. What makes it unlawful then?
You referred to Art 11 of the FC,
Article 11(1) provides,inter alia,that EVERY PERSON has the right to PROFESS and PRACTICE his/her religion and subject to Islam,to propogate it. Further,clause(5)prohibits any of such practice or profession of his/her religion which are contrary to piblic order,public health or morality.Insofar as the issue of tudung for non-Muslims is concerned,there is neither case law nor clear statutory provisions;Constitutional or otherwise to supply a conceivable answer.As you can possibly see,this is indeed a GREY AREA of law of which the Constitution is silent.As such,this issue is rather subtle given the fact in the absent of any authorities.
I don't see what is so 'grey' about the law. I see GREY AREA is only on the question: is there any religion which prohibits the follower to cover their head? If there's any, the above provision would apply to the person.
From my humble observation, I found none. Therefore, so long the rule of covering the head is not against any teaching, then there is no issue on violation of right to profess and practice his/her religion. Then, the student is expected to abide with it.
ISSUE 4: Is there any religion which prohibits the followers to cover their head?
-john smith said:
Is it lawful to ask non-Muslims to put on head scrafs? You were saying that it was not wrong to ask a non-Muslim to wear a head scraf? I doubt this statement very much.In my opinion,even if it is not against her religious precepts,non-Muslims shall not be directed to wear any head covering/head gear that imparts a pseudo Islamic dress code. Are you sure that such a wearing is not against the teachings of their respective religions?If this is not the case,why,in your right mind,would they have been protesting all this while?
- we reply:
Scraf ? Scrafs ? I looked into the dictionary but couldn't find one. I suppose you mean 'scarf', right?
Malaysia is a multicultural, multi racial, multi religion country. Being courteous Malaysians, I believe all of us have come across the word 'tolerance'. Tolerance means, willingness to accept behaviour and beliefs which are different from your own, although you might not agree with or approve of them. That's what makes Malaysia is a unique nation; as a saying: 'Tolerance holds us together, intolerance tears us apart'.
I lived in this country for more than 20 years, which I grow up surrounded by Malay, Chinese, Indian, Serani, Baba Nyonya; Muslims, Christian, Buddhist, Hindus and atheist. From my humble observation, throughout 20 years living Malaysia, I've never come across any belief saying that covering head is prohibited. If there is such belief, I'm sure our teachers in our schooldays told us. Remember, how our teacher thought us that Hindus do not eat beef? Muslims do not eat pork, drink wine, gambling; not to touch different sex which is prohibited to them.
From my humble observation, I have not come across anyone in the government, public figure; politicians have highlighted the existence of such belief. Plus, from my humble observation, when it comes to head cover, it refers to many things besides tudung, for example: cap, hat, headscarf in current fashion, head gear, swimming cap, crash helmet, turban, baseball cap, and the list goes on. Everyday we see different type of people cover their head for reasons that only they themselves know.
As far as IIUM is concerned, Muslims female students wear head scarf or tudung that wholly covers the head, neck, and chest. Let us refer again to the illustration in the Sample of Approved Attire for Non Muslim Female Students at page 63. Do compare it with Sample of Approved Attire for Female Students at page 62. Muslim code of attire covers the aurah, i.e. wholly covers the head, neck and chest, while non Muslim female students are only expected to partially cover their head. Partial head cover is also a fashion for everyone lately. So, it is clear to us that partial head cover does not impart imparts a Muslim dress code. Therefore, there should be no issue on the rules to cover head for non Muslim female student imparts a Muslim dress code as John Smith contended.
Once more, within the spirit of tolerance, if there's anyone embraces a belief saying that it is prohibited to cover their head, or , direct prohibition to impart a pseudo Muslim dress code; then, I believe it is fine for us to tolerate with it.
Is there anyone in IIUM embraces such belief? If you find one, then do let us know, alright?
Conclusion
There is a saying: "Faktor utama perselisihan antara manusia ialah kerana salah faham". Realizing the fact that we are living in a colourful world, we should try to appreciate others belief, culture, interest and so on. With this mutual understanding, then only tolerance comes in and prejudices have no place in us. Everything in this world does happen with reason, and it is our choice whether we want or do not want to open our heart and mind to find it. Let us maintain Malaysia, our beloved homeland in peace and harmony for our future generation =)
'Tolerance holds us together, intolerance tears us apart'
-Krew HARAPAN-
Posted at 01:29 pm by harapan-online
Permalink
Feb 1, 2006
AUKU lwn. DEMOKRASI: Teori dan realiti

Bismillahirrahmanirrahim,
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita mengenai penyerahan memorandum Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 17 IPTA kepada Timbalan Perdana Menteri (TPM). Antara perkara yang membuatkan saya tertarik ialah berkenaan pendirian MPP ini yang menyatakan sokongan tidak berbelah bagi dengan peruntukan Akta Universti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Asas pendirian mereka ini cukup mudah: AUKU penting demi memelihara hal ehwal kebajikan mahasiswa. Pendirian mereka ini juga telah mendapat respon positif daripada TPM yang juga menyokong AUKU dikekalkan seperti sedia ada.
Terima kasih kepada pihak-pihak yang mengutarakan isu ini di media massa. Timbulnya isu ini membawa kita kepada persoalan-persoalan yang mencabar diri untuk merenung wajah ke cermin untuk kembali menilai diri sendiri. Tahukah kita apa itu Dasar Pendidikan Negara? Tahukah kita kenapa kita ada universiti? Tahukah kita mengapa kita belajar di sekolah? Ataupun, mungkin satu soalan muhasabah diri: kita dari mana, hendak ke mana? Bertitik tolak daripada isu ini, saya percaya mana-mana individu bergelar mahasiswa terkesan dengan perkembangan baru ini. Persoalan demi persoalan timbul untuk direnungkan oleh individu yang mengaku bergelar warganegara Malaysia: Adakah pengekalan AUKU ini selaras dengan Dasar Pendidikan Negara kita?
Realiti tidak seindah yang disangka. Secara teorinya, universiti berperanan menghasilkan pusat ilmu yang unggul dan insan yang kompeten, berinovasi serta berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan negara dan antarabangsa. Dalam erti kata lain, universiti adalah pusat persediaan mahasiswa yang merangkumi segenap aspek sebelum mereka menjadi tenaga masyarakat.
Namun begitu, realitinya timbul persoalan: Mengapa perlu adanya AUKU sebagai sekatan ke atas mahasiswa untuk terlibat dalam politik dan badan-badan bukan kerajaan? Di universiti, kita diajar tentang 'marketability', ekonomi, pengurusan diri, sejarah, dan sosial. Mengapa tidak diberi pendedahan tentang politik dan badan-badan bukan kerajaan? Sewajarnya, sepertimana seorang mahasiswa perlu diberi pendedahan mengenai ekonomi, sosial, sejarah peradaban manusia, maka sewajarnya jugalah mahasiswa perlu diberi pendedahan terhadap politik. Mungkin ada yang bertanya: Mengapa pendedahan dan penglibatan dengan politik penting bagi mahasiswa? Saya tiada jawapan yang mutlak, namun persoalan seterusnya perlu sidang pembaca renungkan sendiri.
Wajarkah AUKU dikala mahasiswa juga mempunyai hak sebagai warganegara Malaysia untuk mengundi di dalam pilihan raya umum?
Kita semua sedia maklum, purata umur mahasiswa dalam lingkungan 20 tahun. Berdasarkan Perlembagaan Negara, terang lagi bersuluh menyatakan bahawa semua warganegara Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas berhak untuk mengundi di dalam pilihan raya umum. Kita sedia maklum bahawa pilihan raya umum adalah medan terbaik untuk semua warganegara Malaysia memanifestasikan hak demokrasi mereka dengan menentukan parti politik yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara. Pengundi yang bijak pastinya mengikuti arus politik negara sebelum membuat keputusan untuk memangkah kertas undi. Namun, realiti dalam konteks mahasiswa: Bagaimana mahasiswa hendak mengikuti perkembangan politik? Adakah semata-mata berdasarkan sajian media massa yang majoritinya jelas berat sebelah dan 'double-standard' terhadap parti pembangkang? Ingatkah kita tentang cerita orang-orang buta dengan gajah? Bijakkah kita bila membuat keputusan berdasarkan satu perspektif sahaja dengan bulat-bulat mengabaikan perspektif2 yang lain?
Perlu diingatkan, kita mempunyai lebih kurang 600,000 mahasiswa. Ini merupakan angka yang bukan kecil untuk menentukan warna dan hala tuju negara di masa hadaoan. Dengan penafian hak untuk terlibat di dalam politik ini, saya terfikir adakah mahasiswa ini dikategorikan sebagai pengundi yang tidak cerdik, buta tuli pekak biul; atau golongan yang pangkah ikut suka hati tanpa ada fikiran utk memikirkan parti mana yang terbaik untuk masa depan mereka? Tepuk dada, tanyalah diri sendiri! Pelik tapi benar, mahasiswa punya hak mengundi, namun dalam masa yang sama, mahasiswa juga dinafikan hak menyertai politik. Inilah realiti dilemma mahasiswa di Malaysia.
Salahkah jika seseorang itu menuntut haknya? Mahasiswa menuntut agar hak demokrasi mereka dipulangkan dengan menyeru kerajaan meminda mana-mana peruntukan AUKU yang tidak relevan. Misalnya, tuntutan daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tentang AUKU ini berdasarkan kajian terperinci forum dan wacana ilmu yang dianjurkan sekian banyak selama ini. Contohnya pindaan terhadap seksyen 15, 15A, 15B, 15C, 15D dan 16 iaitu berkaitan hak mahasiswa yang mempunyai status sosial untuk berpersatuan, berhimpun, dan megeluarkan pandangan. Tuntutan mahasiswa adalah hak mereka sebagai warganegara Malaysia sahaja, bukannya lebih daripada itu. Bukannya jawatan, reputasi, wang apalagi kuasa!
Tahun ini kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan ke-49, namun sepanjang tempoh ini juga kerajaan masih menggunakan 'undang-undang' kuku besi ini. Makin lama sewajarnya makin diperbaiki sistem negara ini, maka sangat wajar mana-mana peruntukan undang-undang yang tidak demokrasi seperti AUKU perlu dinilai semula segera dan diselarikan dengan nilai demokrasi, hak asasi dan dasar negara. Sekadar melaungkan nama 'demokrasi', 'nilai timur', 'Malaysia boleh' tanpa memanifestasikan sepenuhnya ke dalam dunia realiti, bermakna kita menipu diri sendiri. Penipukah kita?
Posted at 01:21 pm by harapan-online
Permalink
Jan 31, 2006
REJIM ASPIRASI TUNTUT KEKALKAN AUKU DAN KENAKAN TINDAKAN PADA SMM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 walaupun wujud gesaan ke arah itu oleh pihak tertentu.
Dalam pada itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2005/2006 menyerahkan memorandum kepada Najib bagi membantah tindakan kumpulan yang dikenali sebagai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang mahu akta itu dimansuhkan.
"MPP sebulat suara menyokong supaya Auku terus dilaksanakan dan mereka tidak mahu Auku dibantah. Jadi kerajaan terimalah pendirian ini, dan Auku tidak akan dimansuhkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) di Putrajaya.
Dalam memorandum yang diserahkan kepada Najib selepas mesyuarat itu *********hir, MPP menyifatkan SMM sebagai pertubuhan tidak berdaftar dan menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan tersebut serta tidak melayan sebarang tuntutan yang dikemukakannya.
Posted at 01:23 pm by harapan-online
Permalink
Jan 23, 2006
APABILA TERHAKISNYA 'COLLECTIVE RESPONSIBILITY' MENTERI KABINET

Bismillahirrahmanirrahim,
Salam perjuangan kepada seluruh gerakan mahasiswa tanah air.
Setelah berminggu-minggu kita dihangatkan dengan episod-episod gelagat kumpulan-kumpulan berkepentingan menyatakan pandangan dan syor mereka supaya dipinda Artikel 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, maka tanggal 20 Januari 2006 menjadi kemuncak kepada gerakan Islam di Malaysia untuk membantah syor tersebut.
Kita menyaksikan betapa seriusnya kesatuan gerakan mahasiswa Islam tanah air keluar ke jalanraya pada pagi 20 Januari, berarak dari Masjid Negara ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, tersebut menyatakan bantahan kolektif mereka terhadap cadangan pindaan tersebut.
Disusuli pula selepas solat Jumaat, gerakan rakyat Muslim, dipimpin oleh beberapa tokoh masyarakat daripada pelbagai parti dan NGO Islam berarak dari masjid negara ke SUHAKAM menyerahkan memorandum bantahan.
Semua ini membuktikan masyarakat Muslim Malaysia mampu bersatu di bawah kalimah tauhid, menjunjung 'collective responsibility' mempertahankan hak dan kedaulatan Islam di negara sendiri. Negara yang agama rasminya adalah Islam. Negara yang pemerintahnya memperkenalkan konsep Islam Hadhari. Negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Jika kita soroti gelagat lalu kumpulan-kumpulan yang mengesyorkan pindaan ini, titik tolaknya bermula selepas kes Moorthy. Kita lihat juga 5 resolusi Mesyuarat Meja Bulat Parlimen yang antara lain meminta Artikel 121 dikembalikan seperti asal seperti sebelum pindaan 1988. Begitu juga Persidangan Meja Bulat DAP tidak ketinggalan mendesak kerajaan meminda Artikel 121(1A). Dan kemuncaknya apabila 10 menteri bukan muslim di dalam kabinet menghantar memorandum kepada Perdana Menteri meminta beliau menyemak semula undang-undang berkaitan pertukaran agama.
Suasana kabinet seolah-olah telah wujud dikotomi di antara menteri muslim dan bukan muslim. Tidak keterlaluan jika dikatakan umpama wujudnya 'Kerajaan di dalam Kerajaan'. Pak Lah sendiri mengeluh bahawa keadaan ini sesuatu yang luar biasa. Sebagai menteri kabinet, sepatutnya mereka membangkitkan isu tersebut di dalam mesyuarat kabinet. Tetapi, yang berlaku adalah sebaliknya.
Saya melihat gelagat menteri-menteri berkenaan, secara sikap mereka, bertentangan dengan prinsip 'collective responsibility' yang dijunjung oleh ahli-ahli Jemaah Menteri. Prinsip 'collective responsibility' bermaksud Kabinet bertindak sebulat suara walaupun ada di kalangan ahlinya yang tidak bersetuju dengan sesuatu perkara. Ianya menuntut ahli-ahli Kabinet untuk bersatu di hadapan rakyat. Mereka mesti bersuara dengan nada yang satu. Bukannya mewujudkan blok yang berbeza, membentuk dikotomi yang jelas. Apabila pertentangan pendapat berlaku dan terzahir kepada awam, secara politiknya, ia memalukan pihak kerajaan dan mengelirukan rakyat.
Cukuplah dalam era pemerintahan Pak Lah, Datuk S. Sothinathan digantung jawatannya kerana menyatakan kepada awam ketidaksetujuan beliau dengan dasar kerajaan mengenai isu pengiktirafan ijazah perubatan Universiti Crimea, Ukraine. Berbeza dengan isu 10 menteri ini, gerak tari yang dimainkan berkenaan dengan sensitiviti agama, perkara yang telah termaktub dalam kontrak sosial.
Adakah kerana Pak Lah agak kelewatan memberi keputusan konklusif menyebabkan ruang seluasnya terbuka kepada mereka dalam menghangatkan polemik isu ini?
Atau, perkara inilah yang dinantikan Pak Lah dalam mencari ilham untuk melakukan rombakan kabinet setelah sekian lama rakyat menanti ianya dilakukan?
Apa jua tanggapan semuanya terletak pada kita. Yang terpenting, terima kasih Pak Lah kerana mengeluarkan kenyataan keputusan yang kita nanti-natikan. Terima kasih kerana mempertahankan kedaulatan dan kesucian Islam di negara sendiri. -Kita Bersatu Untuk Islam.
Posted at 01:54 am by harapan-online
Permalink
Jan 21, 2006
FOTO PERARAKAN MAHASISWA ISLAM
MEREKA PERTAHANKAN ISLAM
MEREKA PERIHATIN TERHADAP KEHARMONIAN KAUM DI MALAYSIA
MEREKA KELUAR KE JALANRAYA MENYATAKAN PENDIRIAN
SEBAGAI PEMIMPIN MAHASISWA, PEMIMPIN NEGARA MASA DEPAN!
"KAMI BANTAH SYOR PINDAAN ARTIKEL 121(1A)"

Mesej mahasiswa Islam kepada rakyat Malaysia: "Kami akan sentiasa berdiri teguh mempertahankan agama kami. Kami sanggup mengorbankan nyawa demi menjunjung kemuliaan agama tercinta."

Wakil GAMIS dan KARISMA sedang berucap di perkarangan mahkamah syariah.

Tiba di mahkamah syariah, membentangkan kain rentang menyatakan sokongan kepada institusi mahkamah syariah.

Mahasiswa daripada pelbagai kampus dan gerakan terlibat sama dalam menyatakan bantahan terhadap pindaan Artikel 121(1A).

Bertolak dari Masjid Negara ke mahkamah Syariah membawa sepanduk masing-masing.

Siswi-siswi 'mujahidah Islam' dari pelbagai kampus tidak ketinggalan menyertai perarakan.
Siswa-siswa 'mujahid Islam' pelbagai kampus mengetuai perarakan.
WE UNITE FOR ISLAM!!
Posted at 06:24 pm by harapan-online
Permalink
KENYATAAN BERSAMA MAHASISWA ISLAM MALAYSIA
KENYATAAN MEDIA BERSAMA Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Malaysian Islamic Study Group (MISG), USA & Canada
20 JANUARI 2006 / 20 ZULHIJJAH 1426 H
MEMBANTAH PINDAAN ARTIKEL 121 (1A) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
A. Latar Belakang Isu
Artikel 121 (1A) adalah peruntukan perlembagaan yang menghalang Mahkamah Sivil mencampur bidang kuasa Mahkamah Syariah. Sebelum 1988, urusan-urusan Mahkamah Syriah selalu terganggu oleh Mahkamah Sivil. Apa yang telah diputuskan dengan mudahnya diubah oleh Mahkamah Sivil. Hal ini sebenarnya mengganggu urusan masyarakat Islam kerana masyaraka Islam di Malaysia mempunyai hak dan kewajipan untuk dihukum di Mahkamah Syariah. Tokoh-tokoh seperti Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim telah berusaha lama untuk memastikan urusan Mahkamah Syariah bebas dan tiada campurtangan dari Mahkamah Sivil. Hanya pada tahun 1988, peruntukan (1A) dimasukkan. Mahkamah Syariah mula ada kebebasan setelah 31 tahun Malaysia merdeka.
Pemergian Allahyarham Muhammad bin Abdullah @ Sarjan Moorthy baru-baru ini telah menimbulkan sedikit kontroversi. Muhammad bin Abdullah @ M.Moorthy ini sebenarnya tidak pernah dipaksa memeluk Islam. Selepas kematiannya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menuntut jenazahnya dikebumikan menurut Islam. Mahkamah Syariah kemudiannya telah memutuskan Muhammad bin Abdullah @ M.Moorthy adalah Muslim dan berhak dikebumikan menurut Islam. Segelintir pihak yang tidak berpuas hati telah memanipulasikan isu ini seterusnya mendesak artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan ini dipinda.
B. Pendirian
Kami Mahasiswa Islam Malaysia berpendirian:
1. Bersimpati dengan keluarga Allahyarham Mohamad Abdullah ataupun Sarjan M. Moorthy dan mengucapkan takziah di atas pemergiaan beliau.
Malangnya kami percaya ada pihak yang cuba untuk memanipulasi situasi sedih yang sedang dirasai oleh keluarga allahyarham, demi kepentingan agenda mereka sebagai meneruskan cadangan penubuhan 'Inter Faith Commission (IFC)' yang tertangguh.
2. Tidak bersetuju dengan semua resolusi rundingan meja bulat parlimen yang diadakan pada 5hb Januari 2006.
3. Tidak mahu kedudukan Mahkamah Syariah menjadi kembali mundur seperti sebelum pindaan perlembagaan kepada Perkara 121 (1A) itu dibuat pada tahun 1988.
4. Menyokong sepenuhnya pihak kerajaan untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub di dalam Perkara 3 demi keharmonian seluruh rakyat Malaysia.
C.Tuntutan
Maka dengan ini, kami Mahasiswa Islam Malaysia menuntut :
1. Mempertahankan sepenuhnya bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti mana yang termaktub di dalam Perkara 121 fasal (1A) Perlembagaan Persekutuaan, kerana isu penukaran agama allahyarham Muhammad ke dalam agama Islam bukanlah satu isu yang berkaitan dengan peruntukan perlembagaan tersebut, kerana penukaran agama oleh allahyarham adalah secara sukarela.
2. Menggesa semua pihak untuk berhenti serta-merta dari terus mempertikaikan kewibawaan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah Malaysia seperti yang termaktub di dalam Perkara 121(1A) dan menghormati Perlembagaan Persekutuan demi kesejahteraan umum.
3. Memohon supaya Mahkamah Syariah memberi ruang kepada orang bukan Islam agar mereka boleh mencari dan medapatkan keadilan di dalam Mahkamah Syariah.
4. Memohon seluruh rakyat Malaysia agar lebih rasional dalam menuntut hak masing-masing seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
D. Penutup
Kami, Mahasiswa Islam Malaysia optimis dalam membina keharmonian dan keamanan dalam Negara kita. Sekiranya pindaan ini benar-benar berlaku, ianya tidak membantu mewujudkan keharmonian dalam Negara kerana masyarakat Islam adalah penduduk majoriti di Malaysia. Kewujudan peruntukan 121 (1A) tidak pernah menidakkan hak orang bukan Islam dan kebebasan beragama di Negara kita.
Kenyataan bersama oleh:
1. GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS)
2. KELAB RAKAN SISWA ISLAH MALAYSIA (KARISMA)
3. PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
4. MALAYSIAN ISLAMIC STUDY GROUP (MISG), USA & CANADA
Posted at 05:52 pm by harapan-online
Permalink
700 BANTAH PINDAAN ARTIKEL 121 (1A)
KUALA LUMPUR, 20 Jan - Kira-kira 700 orang berarak dari Masjid negara ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam membantah pindan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang dikatakan menafikan hak Mahkamah Syariah dan hak orang Islam.
Perhimpunan aman yang dianjurkan oleh PAS itu turut disertai beberapa Pertubuhan Bukan kerajaan (NGO) dan Parti KeADILan Rakyat (PKR).
Hadir sama ialah, Naib Presiden PAS, Haji Muhammad Sabu; Ahli Majlis Tertinggi PKR, Haji Abdul Rahman Othman; AJK PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar; Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Dr Zulkifli Ahmad dan beberapa pimpinan Pemuda PAS.
Menurut Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob, PAS melahirkan rasa kesal dan bimbang di atas cubaan pihak tertentu termasuk 10 menteri kabinet bukan Islam yang turut cuba mempertikai perkara 121 (1A).
"Ini hak umat Islam.121 (1A) telah dipersetujui.Ia diwujudkan pada tahun 1988 bagi menjaga hak umat Islam, jadi bukan Islam tidak perlu mempertikaikannya.
"Jika mereka mahu menegakkan hak mereka, mereka boleh cadangkan satu akta baru bagi melindungi hak agama mereka," katanya.
Sementara itu di pihak Suhakam, Professor Dato' Hamdan Adnan pula berkata, pihaknya menerima memorandum yang dikemuka PAS itu.
Beliau juga berjanji akan membawanya dalam satu mesyuarat khas Pesuruhjaya Suhakam Isnin ini.
Terdahulu sebelum itu pda jam 11.00 pagi, kira-kira 200 mhasiswa Islam berkumpul di hadapan Mahkamah Syariah sambil melaungkan bantahan ke atas pindaan Perkara 121 (1A) perlembagaan Persekutuan.
Bantahan itu dibuat atas nama Gabungan Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam yang mana tiga pertubuhan utama mahasiswa Islam terlibat iaitu, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Karisma Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia).
Posted at 05:22 pm by harapan-online
Permalink
MAHASISWA ISLAM BANTAH SYOR PINDA PERLEMBAGAAN
KUALA LUMPUR 20 Jan. - Kira-kira 200 mahasiswa hari ini berarak dari pekarangan Masjid Negara ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, sejauh kira-kira satu kilometer, bagi membantah cadangan meminda Artikel 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan, yang mengecilkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Perarakan secara aman itu disertai anggota Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh persatuan berkenaan pada majlis itu, mereka mahu bidang kuasa Mahkamah Syariah dikekalkan seperti termaktub dalam Artikel 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak kepada mahkamah itu dalam kes berkaitan agama Islam dan ia tidak boleh dipertikaikan oleh Mahkamah Sivil.
"Kami menggesa semua pihak untuk berhenti serta merta dari terus mempertikaikan kewibawaan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 121 (1A) dan menghormati Perlembagaan Persekutuan dan kesejahteraan umum," menurut kenyataan itu.
Posted at 05:10 pm by harapan-online
Permalink
|
|
|